Perjalanan Kehidupan V.D.Prakash

 


                  V.D.PRAKASH A/L VIJAYKUMAR
                                                     V.D.P = Very Dedicated Person                  





          Saya bernama V.D.Prakash A/L Vijayakumar kini berada di IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor. Saya telah dilahirkan di muka bumi ini pada 28 Ogos 2001 di Melaka,Malaysia. Saya telah memulalakan alam persekolahan saya di SJK(T) Ladang Regent,Gemencheh,Negeri Sembilan. Saya telah mula belajar di sekolah tersebut pada tahun 2008 dengan memasuki darjah 1. Tempoh masa saya untuk berada di sekolah tersebut telah tamat pada tahun 2013 iaitu darjah 6. Pencapaian saya dalam UPSR ialah 7A. Setelah itu saya telah mula belajar di SMK Dato' Mohd Taha,Gemencheh,Negeri Sembilan. Pencapaian saya dalam PT3 ialah hanya 6A. Pencapaian PT3 saya telah menjadi yang paling teruk dan saya kecewa dengan keputusan PT3 saya. Pada masa yang sama juga saya tidak berputus asa malah saya gigih berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam SPM. Pada tahun 2018, saya telah menduduki SPM dan telah mendapat keputusan 8A. Saya berharap untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM iaitu 10A tetapi saya telah mendapat keputusan yang baik sahaja iaitu 8A. Selepas itu, saya telah memohon untuk kolej matrikulasi dan IPG untuk melanjutkan pelajaran saya. Akhirnya, setelah saya menghadapi beberapa cabaran, saya masuk juga ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor pada 1 Julai 2019 sebagai ambilan kedua.




Comments